Pernah tak terfikir mengapa perempuan-perempuan yang bertubuh besar atau gempal lebih mahu memakai pakaian seksi yg jarang dan ketat?
Ingat tak masa subjek kemahiran hidup ada satu bab penyesuaian pakaian dgn bentuk badan, badan gempal disarankan memakai pakaian yg ketat sikit atau berjalur lurus untuk kelihatan lebih kurus. adakah ini berpunca daripada pelajaran di sekolah?
tipulah kalau tidak mahu kelihatan lebih kurus tp, melihat keadaan sekeliling, orang gempal lebih ramai mahu memakai legging, inner yg ketat dan baju yang ketat. Manakala orang kurus mmg biasa pakai mcm tu.Adakah rasa insecured di kalangan perempuan gempal untuk kelihatan kurus seperti orang kurus?
Dengan lambakan majalah seperti cosmopolitan, remaja dan EH!, adakah media telah berjaya menguasai pemikiran remaja@perempuan, menimbulkan rasa insecured dlm diri mereka dan akhirnya berjaya menguasai minda mereka untuk memakai pakaian2 tersebut?
Seorang kawan pernah berkata, dalam islam, yang pertama ialah aurat, keselesaan dan fashion. Fashion itu jatuh tempat ketiga. tempat ketiga.tempat ketiga.
Jadi berfikir.
No comments:
Post a Comment